SHOPBACK

Hye, selamat tengahari dan selamat menjamu selera. Hari ni saya nak kongsi satu website yang membolehkan kita dapat "cashback" mel...

Hye, selamat tengahari dan selamat menjamu selera. Hari ni saya nak kongsi satu website yang membolehkan kita dapat "cashback" melalui pembelian barang secara atas talian. Pernah tengok website Shopback?



Banyak website shopping atas talian di link pada website shopback. Jadi, kalau nak dapat cashback dengan membeli atas talian, kena beli melalui website shopback. Macam mana shopback ni berfungsi? 

1. Kena daftar dulu di shopback. 
2. 

Ustazah rindu

Hari ini mengajar seperti biasa. Berjalan seperti biasa. Alhamdulillah, mereka tidak pernah merungut dengan peraturan baru yang ku buat seja...

Hari ini mengajar seperti biasa. Berjalan seperti biasa. Alhamdulillah, mereka tidak pernah merungut dengan peraturan baru yang ku buat sejak minggu lepas. Walaupun pada mulanya mereka mengeluh bila mendengar ugutanku sekiranya mereka gagal berbuat demikian.

Sekolah baru yang aku ditugaskan pada Mei lalu, merupakan sekolah kampung. Tapi sekolah kampung sekarang tak kampung sangat dah 😄😄 Pelajarnya sopan, hormati guru. Kagum cara guru mendidik mereka. Tapi, tetap ada nakalnya. Lama-kelamaan, baru nampak belang, lagi-lagi kelas yang aku ditugaskan sebagai guru kelas, tahun 2.

Setelah sebulan berlalu, mereka berani meluahkan perasaan. Pernah suatu hari aku bertanya di dalam kelas mengenai pelajar yang tidak hadir. "Mana kawan kamu yang lain?" "Farhana tak datang ustazah." "Kenapa tak datang?" "Saya pernah tanya dia kenapa dia taknak datang sekolah, dia kata sebab ustazah garang. Dia takut dengan ustazah." Allahu, sebab aku ke anak ni taknak ke sekolah? Lalu aku bertanyakan pelajar di dalam kelas, saja menguji beranikah mereka menyatakan yang sebenar. "Saya garang ke?" "Takdelah ustazah." Ada yang aku lihat sengih kerang busuk, aku tanya soalan yang sama. "Saya garang ke Daud?" "hehe, taklah"


"okay, lepas ni sape-sape tak datang, cakap kat dia ustazah rindu kat dia. Ustazah suruh datang sekolah. Boleh tak?" "Hehehe. Boleh" Alhamdulillah, kedatangan mereka memuaskan walaupun tidak cemerlang. Harap berkekalan sampai bila-bila.